Thursday, November 12, 2009

1CHM 1Malaysia

Ni yang dinamakan Malaysia, merata wakil kita ada. apa lagi takkan tak berani kut sahut cabaran bersatu kita kayuh pi Pak Bara. Lagi terasa sedap dan nikmatnya Bang Firdaus. Ada berani ????? Sham racun hang tak cukup kuat lagi. FRD dan EHM saya kalau ada racing kompom saya ikut pi sama tiada alasan lagi, masa masih panjang, pasport dah murah, kalau nak mintak permit dari XYL ahhhh...takkan itu pun nak kena ajar.
Pada JEN ni gambar bukti, hang tengah cari geng kan, boleh la masuk dalam list tu. CKH apasal tak ada dalam list.

Hebat tu depan sekali 9?2FRD
9W2EHM dikabarkan dah ada Rodies

Carioo..73

Wednesday, November 11, 2009

CHM Dan Pak Bara Logo

Setelah mengkaji dan menerima maklumbalas dari kawan kawan rasanya yang dua kat bawah ni boleh digunapakai untuk CHM. Mungkin tak payah vote, guna kuasa veto jer lah. Kita pakai terus yang ni. Sebab tiada email yang lain diterima.

Baru Coach seronok


Ni baru Mesra Alam sikit kalau tak cam tengkorak jer dok kayuh basikal.


Carioo..73

Open For Comment

Thanks to Cikgu Emieza atas daya usaha beliau untuk menyatukan lagi 2 hobi yang unik ini. Pada rakan rakan disini dipaparkan dua logo untuk komen dan pendapat. Pada yang mahu menghulurkan ilham baru pun boleh menghantar email ke admin .

Logo Projek Kayuhan Pak Bara

Logo Rasmi (tapi tak ramsi Lagi) CHM

Tunggu komen dari rakan rakan, kalau semua setuju logo ini lah yang akan dicetak pada jersey Kayuhan Pak Bara nanti, depan logo rasmi dan belakang logo Kayuhan Muhibah Pak Bara.

Carioo..73.

ps : mieza jarak kayuhan tolong ubah pada 230km bukan 200km

Tuesday, November 10, 2009

Surat Kabar Lama Tapi Berguna

Thanks and credit to Zankx, info ni mungkin berguna buat rakan CHM yang nak berkayuh nanti. Harap rakan rakan membuat persiapan sendiri, paling tidak tiub spare hehe. 4 kali member kita tu pancit. Tapi mengikut pengalaman tu rasanya bukan sebab tiub tapi ada benda lain yang tak di teliti dengan betul semasa proses penukaran tiub baru tu la yang menyebabkan kebocoran berulangkali.

Apapun sekadar tatapan ku copy kan kesini harap Mr. Zankx kita tak marah.

THE QUALITY RIDE KANGAR-PAKBARA-KANGAR 230KM

zan-KX

  • Hasrat ingin melakukan 'quality ride' akhirnya tercapai pada 23.08.2008. Kami berlima (Hj Shuib, Loso, Wan Shahidan, ZanKX serta RamlySP) memulakan xpdc tepat jam 8.45 pagi dari perkarangan Padang Katong dengan menggunakan sweeper bermotosikal, yang ada di badan hanyalah tayar dalam ganti serta beberapa jenis biskut & coklat.
  • Sepanjang perjalanan sangat mengujakan kerana yang hadir satu kepala walaupun ini adalah kali ke empat HJ ke Pakbara, ZanKX kali ke dua & RamlySP pernah melalui laluan yang sama sewaktu berkayuh ke Trang tapi tidak memasuki pekan Langu & Pakbara.
  • Kami tiba di Pakarang Resort, Pakbara jam 3.30 petang meliputi jarak 111km dengan masa kayuhan 4 jam 15 minit. Bagaimanapun masa keseluruhan sebenar adalah 6 jam 45 minit termasuk urusan di sempadan, makan di pekan Chalung serta 2 kali tayar bocor.
  • Perjalanan pulang bermula jam 7.15 pagi dan tiba di Kangar 1.30 petang termasuk makan di pekan Chalung, sekali tayar bocor, singgah sebentar di masjid Kg. Bukit Kecik serta urusan di sempadan.
  • Kos keseluruhan perjalanan adalah RM 300.00 (12 kali cop border pass, empat kali makan, 2 bilik hotel, minyak motor sweeper serta upah)
  • Markah kepuasan untuk kayuhan kali ini ialah 9/10.

Juga untuk info lain boleh la rujuk di laman sesawang RamlySP boleh la curi2 sikit pengalaman mereka.


Cerioo..73

Monday, November 9, 2009

Pak Bara - Halwa Mata

Sikit gambaran yang menanti anda sepanjang laluan ke Pak Bara, gambar dihantar oleh 9W2CME yang berkunjung ke lokasi ujung minggu lepas. Cuma gambar sahaja yang dihantar tiada penerangan terpeinci tentang gambar tersebut, jadi boleh lah rakan rakan buat persediaan apa yang patut, jangan lak ada yang kecut tarik diri.




7 km hidangan beralun


Ban Langu






Thanks CME and the Gang yang sudi meluangkan masa berkunjung kesana.
Carioo..73

Thursday, November 5, 2009

Demam Pak Bara

Cychamas mendapat maklumbalas dari beberapa individu yang mahukan Projek Pak Bara diteruskan, dan setelah perbincangan meja bulat dijalankan oleh CHM komiti Taiping yang di Pengerusikan oleh 9W2DMG maka projek ini akan diteruskan dan satu JawatanKuasa kerja akan dibentuk untuk melancarkan program ini. Turut hadir dalam meting malam tadi adalah OCC, VZO , BPT dan XPT. Cychamas mohon maaf kerana tidak dapat menghadirkan diri kerana ada urusan kerja yang tak dapat dielakkan. Terima kasih buat OCC yang menghantar email keputusan mesyurat tersebut.
Mengikut kata beliau Group dari Utara ada lebih kurang 15 stesen yang dah bersetuju untuk menyertai kayuhan ini, 4 dari group YR, JEN mungkin dengan rakan beliau dan masih meracun, Taiping group yang dah pasti 3 stesen. Group dari Ipoh dan Sri Iskandar masih belum ada berita. Beliau sendiri ditugaskan untuk mendapatkan pengesahan senarai nama yang ingin turut serta.
Di jangkakan pada akhir bulan ini satu group akan ke Pak Bara bagi meninjau jalan2 yang bakal dilalui dan untuk membuat tempahan awal hotel yang kita sedia maklum bahawa program ini akan jatuh pada hari cuti umum. kerjasama anda amat dihargai dan tarikh tutup bagi pengesahan penyertaan adalah pada atau sebelum 24 november ini. Bilik akan ditempah berdasarkan jumlah terakhir pada hari tersebut.

Tunggu senarai peserta akan dimasukkan disini setelah mendapat pengesahan dari 9W2OCC.

Carioo..73

Tuesday, November 3, 2009

Next UpComing Jamboree

ADA RAKAN CHM YANG KELAPANGAN BOLEH LA JOINT JAMBOREE NI...SEMPAT LAGI. INFO DAN SYARAT BOLEH DILAYARI PADA LINK DIBAWAH.

Pendang Mountain Bike Jamboree 2009

Tempat : Bukit Perak

Tarikh : 21 November 2009, Sabtu

Masa : 7.30 a.m - 1.oo p.m

http://pendangmtb.blogspot.com/


Carioo..73

Tunda

Projek Pak Bara terpaksa ditunda bukan disebabkan dengan persamaan tarikh mana mana jamboree tapi adalah disebabkan kurangnya sambutan dari rakan rakan cycling ham yang mana tugasan lebih diutamakan. Contoh saya sendiri tidak akan menyertai mana mana jamboree pada tarikh tersebut, jadi itu bukan alasan. Jambore tetap jambore, Pak Bara tetap Pak Bara tapi kalau tak ada sambutan tak sanggup nak kayuh kesana 2, 3 orang jer, baik naik kereta makan angin kesana.

Carioo..73