Monday, June 20, 2011

kayuhan gerik-betong-gerik 140km(mtb dan rb)



Ni copy paste dari event FB...Jom kengkawan CHM kita layan...kut nak tengok yg asal klik kat SINI




-yuran peryertaan rm80 satu kepala termasuk perginapan di betong dan t-shirt program(tidak termasuk makan minum)
-tarikh tutup kayuhan adalah 15/07/2011,bayaran atas nama wan baharudin b.wan harun,maybank 558136003212,simpan slip semasa pendaftaran dan sms setelah yuran dibayar(0194774138)
-tarikh program adalah dari 23/07/2011-24/07/2011
-sila bawa pasport ataupun border pass(urusan masuk sendiri buat)
-kayuhan bermula dari smt gerik jam 9.00 pagi pada 23/07/2011,pendaftaran pada hari tersebut bermula jam 7.30 pagi
-berminat hubungi untuk maklumat lanjut:
- 9w2dmg(0195481100)- ustaz megat-
- 9w2Miz (0195739484)- cikgu mizi-
- 9w2vzo (0124397272)- jamill chiru-
- 9w2kss (0194774138)- yeop chiru-
- fathy (0124500381)-fathy grik-
-9w2occ (0172077187)-sham misai-

Carioooo...73.

Friday, May 20, 2011

Eksplorasi Berbasikal Trail Arkeologi Lenggong


















Tarikh Kayuhan : 28/5/2011
Masa Kayuhan : 8.00am
Tempat Berkumpul : Dataran Lenggong
Jarak Kayuhan: 35km

Yuran Penyertaan : PERCUMA
Goodies : Baju untuk 100 riders SAHAJA
Baverage : Sarapan Pagi dan Makan Tengahari DISEDIAKAN

Tujuan Kayuhan :

Untuk memperkenalkan Daerah Lenggong sebagai destinasi Pelancongan berasaskan Arkeologi dan juga mempekenalkan tempat-tempat menarik untuk dikunjungi, Terdapat 6 buah Gua yang boleh dikunjungi dan juga tapak eskavakasi disekitar Daerah Lenggong. Terdapat juga kawasan perkelahan yang sesuai untuk seisi keluarga dimana terdapatnya air terjun yang sungguh nyaman dan dinggin.

Tasik Raban juga terletak di Daerah Lenggong yang sinonim dengan IKAN PEKASAM yang enak. Terdapat beberapa pengusaha perusahaan kecil-kecilan ikan pekasam ini. Restoren berasaskan ikan air tawar juga terletak di Daerah ini. Dimana menu utama adalah ikan-ikan air tawar yang dipelihara disekitar TAsik Raban.

Majlis Daerah Lenggong juga berusaha untuk melobi agar Daerah Lenggong ini dapat diWARTAkan sebagai Tapak Warisan Dunia/Arkeologi dari UNESSCO. Ini ada langkah permulaan dimana para pemerhati dari UNESSCO juga akan hadir dan menilai segala kemudahan dan pasarana yang sedia ada disekitar Lenggong.
Diharapkan masyarakat sekitar dapat menghadirkan diri dan bersama-sama memeriahkan acara yang akan berlangsung selama 3 hari bermula dari 27/5/2011 sehingga 29/5/2011. Acara ini akan dirasmikan oleh YM Raja Muda Perak pada 27/5/2011.