Tuesday, November 10, 2009

Surat Kabar Lama Tapi Berguna

Thanks and credit to Zankx, info ni mungkin berguna buat rakan CHM yang nak berkayuh nanti. Harap rakan rakan membuat persiapan sendiri, paling tidak tiub spare hehe. 4 kali member kita tu pancit. Tapi mengikut pengalaman tu rasanya bukan sebab tiub tapi ada benda lain yang tak di teliti dengan betul semasa proses penukaran tiub baru tu la yang menyebabkan kebocoran berulangkali.

Apapun sekadar tatapan ku copy kan kesini harap Mr. Zankx kita tak marah.

THE QUALITY RIDE KANGAR-PAKBARA-KANGAR 230KM

zan-KX

  • Hasrat ingin melakukan 'quality ride' akhirnya tercapai pada 23.08.2008. Kami berlima (Hj Shuib, Loso, Wan Shahidan, ZanKX serta RamlySP) memulakan xpdc tepat jam 8.45 pagi dari perkarangan Padang Katong dengan menggunakan sweeper bermotosikal, yang ada di badan hanyalah tayar dalam ganti serta beberapa jenis biskut & coklat.
  • Sepanjang perjalanan sangat mengujakan kerana yang hadir satu kepala walaupun ini adalah kali ke empat HJ ke Pakbara, ZanKX kali ke dua & RamlySP pernah melalui laluan yang sama sewaktu berkayuh ke Trang tapi tidak memasuki pekan Langu & Pakbara.
  • Kami tiba di Pakarang Resort, Pakbara jam 3.30 petang meliputi jarak 111km dengan masa kayuhan 4 jam 15 minit. Bagaimanapun masa keseluruhan sebenar adalah 6 jam 45 minit termasuk urusan di sempadan, makan di pekan Chalung serta 2 kali tayar bocor.
  • Perjalanan pulang bermula jam 7.15 pagi dan tiba di Kangar 1.30 petang termasuk makan di pekan Chalung, sekali tayar bocor, singgah sebentar di masjid Kg. Bukit Kecik serta urusan di sempadan.
  • Kos keseluruhan perjalanan adalah RM 300.00 (12 kali cop border pass, empat kali makan, 2 bilik hotel, minyak motor sweeper serta upah)
  • Markah kepuasan untuk kayuhan kali ini ialah 9/10.

Juga untuk info lain boleh la rujuk di laman sesawang RamlySP boleh la curi2 sikit pengalaman mereka.


Cerioo..73

No comments:

Post a Comment