Monday, December 28, 2009

Misi Berjaya





Antara rakan CyclingHamMalaysia yang menjayakan Program Kayuhan Kangar-Wang Kelian- Pak Bara-Wang Kelian -Kangar...thanks You Abang X-ray dah siap susun gambar tu.



Sebelum bertolak balik ke Malaysia


Ribuan Terima kasih yang tak terhingga buat rakan-rakan Rakan Amatur Perlis yang bertungkus lumus menyediakan tempat penginapan,makan minum dan juga Pegawai Perubatan yang mengiringi kayuhan ke Pak Bara. Jasa Anda akan dikenang semoga tali Silaturahim di antara kita kekal berpanjangan.

Juga terima kasih buat para paparazi dan juga support car yang menjalankan tugas dengan baik dan lancar. Tanpa anda siapalah kami.

Tak lupa kepada rakan-rakan dari Perlis MTB, Rakan Ham Satun, Satun Cycling Team dan Tarutao Bike Team dari Hatyai yang mengiringi kami sehingga ke Sempadan Wang Kelian.

Semoga pertemuan dan kenangan manis semasa berkayuh dengan anda semua tidak akan luput dari ingatan. InsyaAllah bulan March kami akan turut serta untuk memeriahkan Jamboree Perlis yang julung kali akan diadakan.

Kepada Pak Ron, cabaran anda bulan Mei nanti untuk Program Kayuhan ke Songkla akan kami sahut. Insyallah.


BERKAYUH UNTUK KESIHATAN DIRI



Carioo..73-----Jumpa Lagi.

No comments:

Post a Comment